31 December 2010

Give me some space..

2010 bakal melabuhkan tirainya malam ini,pagi esok pastinya 2011 menjelma dengan semangat baru,azam baru dan kekuatan baru.bagi aku diakhir2 penghujung tahun 2010 ini pelbagai peristiwa saat2 genting melanda,masa2 memeritkan dan menyeksakan muncul secara tiba,di saat menantikan kemunculan tahun baru

yang pastinya,tahun 2011 pastinya tahun yang sukar bagi aku,perubahan drastik dan ketara pasti berlaku,sebelum itu aku nk minta maaf kepada semua jika berlaku perkara2 yang tidak diingin berlaku dimasa lepas atau bakal mendatang,cuma satu je permintaan aku,supaya memahami dengan keadaan dan situasi yang berlaku terhadap diri aku.

aku tak mampu untuk menceritakan permasalahan yang berlaku,biarlah semuanya diselesaikan sendiri secara berperingkat,aku tahu semua tu pastinya sukar,hanya magik keajaiban sahaja mampu melakukannya.Insyaallah
walaupun perit semuanya harus ditempuhikan.

Papepom,selamat menempuhi tahun baru kepada anda semua..


give me sunshine..
give me some rain..
give me another chance..
so i wanna grow up once again..

p/s:tabahlah wahai hati...tuhan tu maha penyayang

People Make History..History teach Us

selama seminggu nie,aku perhatikan dunia pemblogan bergerak kencang seiring juga dengan tendangan padu penyerang negara safee sali untuk gol tunggal negara semasa 2nd leg final Aff Suzuki Cup,apa pom well done barisan skuad Harimau negara,disepanjang kejohanan itu jugak la peminat diseluruh asean ini memperkatakan perkara yang sama,nasib dan pencapaian skuad pasukan kebangsaan mereka.

Dan antara negara yang peminatnya paling lantang ialah Indonesia dan jugak Malaysia,2 finalis untuk perlawanan akhir edisi 2010,peminat2 diseluruh negara khususnya dialam maya pastinya tahu akan provokasi2 dan jugak kata2 kesat yang dikeluarkan di pages2 dan wall2 terutamanya facebook dan juga twitter antara yang paling popular.ok2 sudah bukan untuk memperkatakan dan memanaskan lagi isu2 yang terjadi..biarkan

Dan seiring dengan kejayaan cemerlang skuad negara ini,pemain2 mulai dikenali dan digilai jutaan peminat tanahair,mereka dipuja,mereka dijunjung,mereka dipuji,laman sosial mereka dicari dan "like",status2 peminat tanah air memperkatakan perkara yang hampir sama.walhal jika sebelum ini,boleh dikatakan ramai kebanyakkan peminat2 ini hampir tidak mengenali first 11 skuad negara.semuanya berubah dengan sekelip mata,dan boleh dikatakan pemain2 ini mulai di"stalker" oleh peminat2 sampaikan kekasih dan buah hati mereka pom dicari dan dibanding.Sampaikan peminat2 ini mulai ketidakpuasan hati,kecewa yang amat dan me"create" beberapa pages yang mengutuk teman dan saudara2 pemain,nampak sangat peminat2 hipokrit,sekejap dipuji dan sekejap dikeji.

Seharusnya kita sbg die hard sebenarnya tidak mengeruhkan keadaan dan bersikap rasional dan patriotik kerana perbuatan2 melampau ini sedikit sebanyak menjatuhkan prestasi dan keyakinan pemain2 kite yang kini berada di kemuncak kerjaya,kite seharusnya memberi sokongan padu untuk kejayaan masa hadapan,usah dicampuri urusan privasi mereka.Mahukah kita kejayaan ini hanya sementara dan mulai suram seperti apa yang berlaku beberapa dekad yang lampau,pastinya bukan itu kemahuan kite semua kan..

Marilah sama berpadu dan menjana tenaga kearah kejayaan cemerlang pasukan negara dimasa akan datang,next international match adalah antara pasukan negara menentang pasukan pakistan untuk klasifikasi ke sukan olimpik.Insyaallah harapan  untuk skali lagi beraksi pada kejohanan olimpik menjadi harapan sebagai mana skuad allahyarham mokhtar dahari ke sukan olimpik di munich,german dan tidak menjadi sesuatu kesalahan untuk berharap suatu hari nnt Malaysia akan mewakili asia untuk ke kejohanan piala dunia.

23 December 2010

..::Stand By U::..













awak bagi saya kasih sayang daripada apa yang saya perlukan..
awak buat saya selesa ketika saya berduka sedih...
awak bagi tahu saya seorang yang istimewa walaupun saya tidak mengetahuinya..
dan awak buat saya gembira ketika saya moody..


percayalah..
saya teruja kerana mengenali awak..
saya teruja mencintai awak..
saya teruja bersama awak..


awak dah buat kehidupan ini cukup mudah...
semudah ABC..


hanya ada satu cara..
satu jalan untuk melafazkannya...
apa yang perlu..hanya 3patah perkataan untuk awak..
dan saya akan lakukan itu..


SAYA SAYANG AWAK!!!


p/s:hok len2 jangan cair sudoh la desh..kah3 =P




jero amigo..
22 DEC 2010
2:13 PM

21 November 2010

kids & baby photo contestT








Dah lama xupdate blog nie,sibuk sangat2 dengan final exam baru2 nie..seb bek la berkesempatan jugak ntok beraya kat umah,balik pom tumpang member je,tiket bas dah habis.
Papepom,sebab aku telah ditag oleh member blog merangkap member seU.Terpaksa la join contest ini iaitu kids & baby photo contest daripada saudari safiyyah osman,sila ke blog beliau untuk join yer mommy-to-be, tgokkan hadiah yang lumayan dan menarik hati iaitu earring dari lazo diamond jewellery.white gold...wow(goges nnt klu pakai)

kanak2 atau baby yang terpilih ialah kanak2 ribena name ape ntah..ribenaboy kot...hehe



p/s:tolom2 jgn amek gambar saya..saya xsempat posing lg..hehe

so,8 kanak2 bertuah yg akan ditag oleh aku ialah:


ok.done..hopefully menang..haha

05 November 2010

Kembalikan Tangan itu...


Forward From Facebook...

Ini sebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja yang membacanya. Kisah ini saya dapat dari seorang rakan melalui e-mail. Setiap kali membaca kisah nie mesti bergenang air mata. Walaupu manusia memang sering melakukan kesilapan...mungkin ada kesilapan yang dilakukan boleh di maafkan atau diperbetulkan semula..dan mungkin juga ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap manusia supaya boleh menilai menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya..terlajak perahu boleh diundur..terlajak perbuatan..sesal selamanya...


Kisah Si Kecil Ita...

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.

Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!

''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.

Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...

'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." (,")(",)

07 October 2010

Saya Sedar Siapa Saya









ye saya jahat,mcm setan..
ye saya terok,mcm setan..
saya juga seorang yang derhaka,dengan sape???dengan ibubapa dan paling terok dengan DIA.

tp,seterok-terok saya,saya masih setia dengan cinta saya.Saya cuba menjadi seorang yang setia dan sentiasa bersyukur.Se'setia' cintanya Budak Setan kepada kekasih hatinya,yang boleh berubah dari seorang yang terok macam Setan kepada seorang yang baik.Tapi pernah ke kamu sedari itu..pernah kamu hargai semua itu??



Saya jugak derhaka,derhaka kepada ibubapa saya,dan paling terok saya derhaka pada yang ESA.Tapi,sederhaka dan seterok saya,saya sentiasa berdoa kepada ibubapa saya,dan setiap malam hanya satu je doa saya,saya sedekahkan dan halalkan semua amalan saya kepada kedua ibubapa saya.Saya rela dan redha menghadap Ilahi tanpa sebarang amalan,dan amalan itu hanya untuk mereka yang saya kasihi..love u mom!! sori a lot




p/s::saya sedar,saya terok dan xlayak untuk semua itu!!!thanks


01 October 2010

Lynn's First Lucky Draw






okeyh..buat kali yang terakhirnya,mungkin..hehe
aku terjoin satu lagi contest yg diilhamkan oleh cik lynn nie..
dapat detox tu pom jadi la..
okeyh nie linknye"here"
sape2 yang nak join lg,blehnye..sbb tarikh tutup smpai 25hb nie juga..
selamat menjoin..

"KONTEST CANDID CAMERA"

okeyh..skali lagi terjoin contest yang telah ditagkan oleh cik Fatiehah..
makaseh banyak2 yer..hehee
Contest nie telah diilhamkan oleh tuan punyer blog iaitu Cik Noie.
sape yg nak join boleh lg,sebab tarikh tutupnya sampai 25hb 10 nie..

okeyh,niel link nye,sila click "here"

dan gambar yang telah akupertaruhkan ialah..jeng3
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
 hehe,nie gambar candid time jadi sukarelawan berakit IPT 1-Malaysia di sungai Pahang..
aku pom xtau sape yang snap gambar nie..bile dop kutip gambar2 dari member yang join sama,tgok adalah gambar nie..seb bek kamera dslr..kih3  

2 orang yang bakal di tag ialah:

CONTEST SENYUMAN MANEH









 Opppss,dop usha2 2,3 blog pagi2 nie,semua ade pasal entry contest nie.Alang2 dah masok contest sebelom nie apa salah join yang nie plak kan,g pom time belek2 gambar ritu rase de terjumpa gambar yang tengah tersenyum maneh nie...ehem3



Dengan ketiadaan kerja nya(padahal test an assignment belambak je ada minggu nie),aku telah tersengajanya menjoin satu lagi contest yang telah diilham kan sendiri oleh tuan punye blog  Hanis a.k.a Gadis Kg Yg Separa Bandar

.
.
.
.
.
.
.
.

ehem3,manis x..tetttttt~

30 September 2010

Sape nak hadiah free? =)







Oppps..buat pertama kalinya dalam hidup ini setelah berkecimpung selama 3tahun didalam dunia pem'blog"an,nie la 1st tyme nye aku menyertai contest didalam blog..haha,apa salah nye idok join je kot,bukan nye wat salah pape,g pom free je..

K la,contest nie di ilham kan sendiri oleh tuan punye blog "Nadia",tengok macam ramai je join contest nie,nie yang buat den terjoin nie,mane la tau dapat blackberry curve beliau yang hendak di let go itu..

Ok,3 orang yang ditag oleh hamba ialah:


sape2 nak join boleh lagi just click "here"...

tarikh tutup :1 oktober,10:00 a.m

27 September 2010

Makan diri atau Makan hati



.:::rasa cam nak makan "ayam" kepsi nie je..ehem3.::


Bila mulut dah berulser,mula la hilang selera makan,even perot berkeroncong dan teronta-ronta nak makan nasi goreng USA,bukannya apa,seksa je nak mengunyah makanan td lumat2 dan telan,lagi2 la plak kalau makan makanan yang pedas2.Alahai,menitis air mata la dibuatnya...sob3~

.::sila jangan meleleh air liur diblog ini ya!!!.::

Apa yang penting bila time mulut sakit nie berulser nie,kena banyakkan minum air,entah dari mana la aku dapat petua nie,dah lupa tp betol la tu kan,proses hidrasi menyebabkan badan kite kekeringan dan kekurangan air.Tapi ade orang tua2 dulu cakap,bila kena ulser nie mesti sebab tuhan marah kite cakap yang bukan2 xpom byk mencarut..kih3 (tengah wondering byk sgt ke mencarut..adeh)

Teringat plak zaman kanak2 dulu,bile kene je ulser nie,mesti mak akan sapukan dengan marjerin,kirenye cam nak lembabkan permukaan mulut tu.Tapi masalahnya,time nak letak marjerin tu pom dah teronta-ronta dan terlolong-lolong je,lepas je sapu marjerin tu,mulut dan xselesa,masin je rasanya..hisssshh

Sabar je la,nak buat camner kan,benda bukan kita mahu tapi dah dapat,terima je la.Dalam seminggu camtu hilang la balik..harap2 la..hehe
 



P/s:gmbr kepsi atas tu silap,yg nie bru betol..mengidam nie..

24 September 2010

Axe DeodOrant









Masih ingat dengan iklan tv tentang axe deodorant,iklan dari negara seberang bila mana seorang perempuan penjual roti mengetap bibir sambil menjeling seksi(cair beb..haha) dan meletak no.telefon di roti pembeli lelaki..

atau juga seorang perempuan yang menunjukkan aksi menghairahkan disebuah perpustakaan mencari telefonnya sambil diperhatikan seorang lelaki disitu..dah ingat???

itu hanya cebisan2 saje daripada iklan deodorant nie,byk lagi sebenarnye,xcaya try cari dalam youtube.

oleh kerana aku kehabisan deodorant,aku ke kedai..takkan nak biar camtu je kan,xselesa kot,kuang3.Kebetolan ade promosi axe deodorant nie,saje nak try.Ak pom try satu persatu,saje nak test bau dan habiskan sample deodorant,haha
dan akhirnya keputusan muktamad,aku telah memilih..
jeng jeng jeng..





p/s:axe chocolate deodorant


giler ah,deodorant perisa coklat tu,bau manis je..mmg byk la semut2 menghurung ak lepas nie..ehem3
tapi,deodorant nie memang hebat aromanya,yang bisa mencairkan hati sesiapa saje..haha

jadi kepada para2 gadis diluar sana,jaga-jaga dengan kehadiran aku..ehem3





p/s;sile jangan gigit telinga aku,mcm perempaun nie lakukan..woha!!

  

p/s: 1)saje xde keje nak posting jugak kat blog nie..nak study malas..kuang3
2)pakai la deodorant seblom kamu semua dipakaikan...woha!!

21 September 2010

JanGan


Jangan ditanya jika aku tiada disni,
Jangan peduli jika aku menangisi,
Jangam dicari jika aku tiada disisi,
Jangan diminta aku kembali ke destinasi,

Jangan...Jangan...dan Jangan

Jangan ditanya apa yang sudah terjadi,
Jangan dikejar ape yang tak pasti,
Jangan berharap pada yang bukan realiti,
Yang pasti ia akan menjadi suatu tragedi,

Aku sudah bosan dengan segala pertanyaan,
Tubuh badan sudah tidak bisa menahan,
Aku telan segalanya perlahan-lahan,
Selebihnya aku berserah padaMU ya TUHAN...

   jero amigo..
20/9/10
10.16p.m

23 August 2010

.::SeDaRi::.




terguris bagai dihiris..
pedih bagai dicucuk sembilu ..
ubatnya sukar dicari..
hanya si gadis yang bisa memberi..
orangnya masih misteri..
masih tercari-cari...
kesana kemari aku berlari..
sudah puas aku berdiri..
mencari dia dalam arah selari..
hingga di hujung mentari..
moga dia sedari..

salam aidil fitri~


01 August 2010

ke"MALANG"an

Semalam,buat pertama kalinya aku pergi memancing,bukannya sampai kelalut dalam pom,hanya sekadar dipinggiran sungai,sungai mane??haaa tu yang kite nak tau.Sungai Pahang la,adeh..xde port len,tempatnye dibawah jambatan Pekan..haha.Motif utama pemancingan kali nie adalah untuk menangkap udang,udang galah bro..klu xdpt anak2 udang,dapat si Sepit Biru pom jadi la..Aku  bukannnya pandai sangat di alam2 pemancingan ini,baru berjinak2 je,itu pom kerna dah xde kerjaan lain dan terlalu bosan berada di UMP kampus Pekan nie,mungkin ini la aktiviti2 yang slalu dak2 kat Pekan nie slalu buat kot time hujung2 minggu.

Yela,buat pengetahuan korang,smlm bru 2nd days ak tidur di hostel kampus Pekan nie,1st masok asrama nie firasat aku mengatakan not bad la,cuma bilik aku ditingkat 3,aras atas sekali,letih bai nak mendaki tiap2 hari..haha.Kita orang gerak ke sana lebih kurang pkol 9,sampai2 je terus sediakan alatan.Lebih kurang 5 orang kawan aku bersama dimalam hari dalam kegelapan malam menghayunkan joran masing2 ibarat profesional didalam bidang ini,hampir 30jam menunggu hasil masih lagi belum  kelihatan,tp umpannya dimakan,mungkin undang2 di pekan ni mmg dah terlatih kot..bijak2

Angin semakin kuat,kilat dan guruh dah kedengaran didada langit,hurrmmm firasat aku malam ni akan hujan,nasib baik port kitaorg dibawah jambatan,so dapat la menumpang berteduh.,hujan mulai turun setitik2 dan semakin lebat,udang xdapat mood dah hilang,hujan lagi.kami kesejokan.lantas bersiap untuk pulang.Singgah di gerai makan smbil borak2 pekena teh tarik..huhu.Lebih kurang pukul2 sampai di depan pintu pagar UMP,nasib baik guard nya xde..nnt banyak songeh plak menyoal.Hujan masih lagi turun renyai,badan dah kesejukkan walaupon dah pekena teh tarik,adeh..

Sampai2 je kat bilik,baru je nak landing,tiba2 terpandang diatas tilam,tompokan air..ehem3,air hujan la bro..adoii..lantas terpandang disiling,wah.kebojoran disitu,damn..camner nak tido an tilam kebasahan ini,tanggapan aku lantas merosot akan kolej kediaman ini,badan keletihan dan kesejokan,udang xdapat,balik2 plak tilam kebasahan..hurmmm,mungkin nasib aku semalam kurang baik kot,yang pasti perkara nie kene report kat pejabat KK.xkan nak kebasahan lagi kot..aduyai,naseb2..hurrmmmm~

27 July 2010

sepetang dipantai itu...




sekali air bah..
sekali pantai berubah..

ombak itu setia menghempas pasir pantai..
bak ada ikatan bagai dirantai..
sedang kita enak gembira bersantai..
berbumbungkan langit dan hamparan peputih pasir melantai..

aku masih disitu..
dibawah dedaunan pepohon rhu..
mata terpaku memandang lautan biru..
peka mendengar deruan si ombak menderu..

sinar itu kembali menjadi kelam..
waktu dinanti bila cahaya sang suria kian suram..
tanpa ada takut dan seram..
sekadar mahu melihat keindahan alam..

terimbas kisah masa silam..
ketika zaman2 90-an..
melirik mata memandang diam..
senyuman dibalas hati riang..

zaman itu hanya sekejap..
kata2 keramat xsempat diucap..
dia yang berada ditepi tingkap..
masa yang lama dirasai sekejap..

kalau la masa itu bisa dipulang..
takkan dibiarkan masa yg terluang..
pasti gembira bukan kepalang..
tapi semua tu sukar diulang..


hari berlalu bertukar ke malam..
berlalu pergi sambil berjalan..
potret indah petang jadi kenangan..
nurkilan seni jadi bekalan..
semoga ia kekal ke akhir zaman..


jero amigo..
23/4/10..
11:13pm..

04 July 2010

live:life:love



Cinta itu ada dihati,
luasnya tak bertepi,
tingginya tak didaki,

Cinta itu penyeri diri,
tak usah dikejar berhari-hari,
pasti ia sendiri datang mencari,

Cintalah pada yang hakiki,
pasti sampai ke mati,
hidup pasti diberkati

19 April 2010

So put a spanner in the works
"You're mine,"

It's easier to work,
But I don't mind,

You're better in defeat so, 
Just don't try

To take away all the things
I'll do in my life....

14 April 2010

.::FINAL EXAM::.




Dari jauh terbang ke mari..
bersama garuda besi bukan berlari..
melangkah lautan luas dalam arah selari..
menyusun atur langkah untuk berdikari..

tinggal rumah dan tinggal keluarga..
datang kemari mencari ilmu berharga..
banyak cabaran dan rintangan xdiduga..
bukan satu,dua atau tiga...

sekarang dah musim periksa..
semua dah buat muka terseksa..
xleh nk luah apa yg dirasa..
manis,masam macam kuah laksa..

xpe itu semua hanya sementara..
bukannya susah yang amat ketara..
cuma nanti biar setara..
kelak kita dipuncak menara..

kita bukan berada dialam maya..
tp,kita di zon cahaya..
sampai sini coretan hati saya..
akhir kata selamat berjaya..

p/s:mood:study weeeeeeaakk~