31 December 2010

People Make History..History teach Us

selama seminggu nie,aku perhatikan dunia pemblogan bergerak kencang seiring juga dengan tendangan padu penyerang negara safee sali untuk gol tunggal negara semasa 2nd leg final Aff Suzuki Cup,apa pom well done barisan skuad Harimau negara,disepanjang kejohanan itu jugak la peminat diseluruh asean ini memperkatakan perkara yang sama,nasib dan pencapaian skuad pasukan kebangsaan mereka.

Dan antara negara yang peminatnya paling lantang ialah Indonesia dan jugak Malaysia,2 finalis untuk perlawanan akhir edisi 2010,peminat2 diseluruh negara khususnya dialam maya pastinya tahu akan provokasi2 dan jugak kata2 kesat yang dikeluarkan di pages2 dan wall2 terutamanya facebook dan juga twitter antara yang paling popular.ok2 sudah bukan untuk memperkatakan dan memanaskan lagi isu2 yang terjadi..biarkan

Dan seiring dengan kejayaan cemerlang skuad negara ini,pemain2 mulai dikenali dan digilai jutaan peminat tanahair,mereka dipuja,mereka dijunjung,mereka dipuji,laman sosial mereka dicari dan "like",status2 peminat tanah air memperkatakan perkara yang hampir sama.walhal jika sebelum ini,boleh dikatakan ramai kebanyakkan peminat2 ini hampir tidak mengenali first 11 skuad negara.semuanya berubah dengan sekelip mata,dan boleh dikatakan pemain2 ini mulai di"stalker" oleh peminat2 sampaikan kekasih dan buah hati mereka pom dicari dan dibanding.Sampaikan peminat2 ini mulai ketidakpuasan hati,kecewa yang amat dan me"create" beberapa pages yang mengutuk teman dan saudara2 pemain,nampak sangat peminat2 hipokrit,sekejap dipuji dan sekejap dikeji.

Seharusnya kita sbg die hard sebenarnya tidak mengeruhkan keadaan dan bersikap rasional dan patriotik kerana perbuatan2 melampau ini sedikit sebanyak menjatuhkan prestasi dan keyakinan pemain2 kite yang kini berada di kemuncak kerjaya,kite seharusnya memberi sokongan padu untuk kejayaan masa hadapan,usah dicampuri urusan privasi mereka.Mahukah kita kejayaan ini hanya sementara dan mulai suram seperti apa yang berlaku beberapa dekad yang lampau,pastinya bukan itu kemahuan kite semua kan..

Marilah sama berpadu dan menjana tenaga kearah kejayaan cemerlang pasukan negara dimasa akan datang,next international match adalah antara pasukan negara menentang pasukan pakistan untuk klasifikasi ke sukan olimpik.Insyaallah harapan  untuk skali lagi beraksi pada kejohanan olimpik menjadi harapan sebagai mana skuad allahyarham mokhtar dahari ke sukan olimpik di munich,german dan tidak menjadi sesuatu kesalahan untuk berharap suatu hari nnt Malaysia akan mewakili asia untuk ke kejohanan piala dunia.

1 comment:

Anonymous said...

tkkn de smpai mengeji..huhu..ap la..dsr lalang cmtuh la..