14 December 2011

Mencari..


bila dia tiada disisi,
aku kembali sepi..
susun atur langkah berlari,
ratapi pemergian misteri,

aku cuba untuk mencari,
penuh liku-liku yang berduri
aku gagal lagi,
ini jalan mati,

padamu yg hakiki,
tuhan yg maha mengetahui,
lagi maha agung sekali,
aku berserah diri,

sila kuat naluri hati,
menunggu dia kembali,
untuk bersamanya nanti
tanpa perlu mencari peganti.

03 January 2011

Getting Start



Segalanya akan bermula dari bawah semula dengan segala kudrat yang ada,even walaupun merasakan keadaan semakin suntuk dan  amat menekankan,biarla apa orang nak kata,kite dah berusaha,mungkin ada yang x kena atau tersangkut kat mana2 yang kite sendiri xmengetahuinya.fikirkan sejenak dan renungkan lah kembali

dah 7tahun masa berlalu,kalu boleh nak sangat tahun 2004 itu dikembalikan,sekejap pom jadilah,supaya senyuman yang terukir diwajah nie betol2 senyuman yang sebenar dan bukan palsu semata-mata.hari ini muka tersenyum tapi yang didalam meronta-ronta dengan tangisan.

mungkin keadaan yang mendesak sekarang ini akan mengajar diri sendiri ini supaya mengenali lebih dekat dan mencerminkan keperibadian yang sejati.mungkin ini lah masanya tuhan hendak menguji makhluknya yang dah diuji bertahun-tahun,tapi xpernah menyedari dan xpernah berusaha mencari jawapan dan penyelesaiannya,apatah lagi menyesal dengan segala perbuatan dan kelakuan yang melalaikan semata-mata,apatah lagi nak taat dengan perintah dan suruhannya.

diharapkan situasi dan keadaan semasa akan mengubah persepsi diri ini,dan memperoleh kejayaan sejati dan sebenar untuk 7++ yang mendatang,biarlah benda yang dah lepas,dikenang jangan apatah lagi dikejari.mula lah dari bawah sekali lagi dan sentiasa ingat setiap tapak dan langkah kaki yang kite lalui itu akan mengubah diri kita nanti kelak.insyaalah..