14 December 2011

Mencari..


bila dia tiada disisi,
aku kembali sepi..
susun atur langkah berlari,
ratapi pemergian misteri,

aku cuba untuk mencari,
penuh liku-liku yang berduri
aku gagal lagi,
ini jalan mati,

padamu yg hakiki,
tuhan yg maha mengetahui,
lagi maha agung sekali,
aku berserah diri,

sila kuat naluri hati,
menunggu dia kembali,
untuk bersamanya nanti
tanpa perlu mencari peganti.

03 January 2011

Getting Start



Segalanya akan bermula dari bawah semula dengan segala kudrat yang ada,even walaupun merasakan keadaan semakin suntuk dan  amat menekankan,biarla apa orang nak kata,kite dah berusaha,mungkin ada yang x kena atau tersangkut kat mana2 yang kite sendiri xmengetahuinya.fikirkan sejenak dan renungkan lah kembali

dah 7tahun masa berlalu,kalu boleh nak sangat tahun 2004 itu dikembalikan,sekejap pom jadilah,supaya senyuman yang terukir diwajah nie betol2 senyuman yang sebenar dan bukan palsu semata-mata.hari ini muka tersenyum tapi yang didalam meronta-ronta dengan tangisan.

mungkin keadaan yang mendesak sekarang ini akan mengajar diri sendiri ini supaya mengenali lebih dekat dan mencerminkan keperibadian yang sejati.mungkin ini lah masanya tuhan hendak menguji makhluknya yang dah diuji bertahun-tahun,tapi xpernah menyedari dan xpernah berusaha mencari jawapan dan penyelesaiannya,apatah lagi menyesal dengan segala perbuatan dan kelakuan yang melalaikan semata-mata,apatah lagi nak taat dengan perintah dan suruhannya.

diharapkan situasi dan keadaan semasa akan mengubah persepsi diri ini,dan memperoleh kejayaan sejati dan sebenar untuk 7++ yang mendatang,biarlah benda yang dah lepas,dikenang jangan apatah lagi dikejari.mula lah dari bawah sekali lagi dan sentiasa ingat setiap tapak dan langkah kaki yang kite lalui itu akan mengubah diri kita nanti kelak.insyaalah..

31 December 2010

Give me some space..

2010 bakal melabuhkan tirainya malam ini,pagi esok pastinya 2011 menjelma dengan semangat baru,azam baru dan kekuatan baru.bagi aku diakhir2 penghujung tahun 2010 ini pelbagai peristiwa saat2 genting melanda,masa2 memeritkan dan menyeksakan muncul secara tiba,di saat menantikan kemunculan tahun baru

yang pastinya,tahun 2011 pastinya tahun yang sukar bagi aku,perubahan drastik dan ketara pasti berlaku,sebelum itu aku nk minta maaf kepada semua jika berlaku perkara2 yang tidak diingin berlaku dimasa lepas atau bakal mendatang,cuma satu je permintaan aku,supaya memahami dengan keadaan dan situasi yang berlaku terhadap diri aku.

aku tak mampu untuk menceritakan permasalahan yang berlaku,biarlah semuanya diselesaikan sendiri secara berperingkat,aku tahu semua tu pastinya sukar,hanya magik keajaiban sahaja mampu melakukannya.Insyaallah
walaupun perit semuanya harus ditempuhikan.

Papepom,selamat menempuhi tahun baru kepada anda semua..


give me sunshine..
give me some rain..
give me another chance..
so i wanna grow up once again..

p/s:tabahlah wahai hati...tuhan tu maha penyayang

People Make History..History teach Us

selama seminggu nie,aku perhatikan dunia pemblogan bergerak kencang seiring juga dengan tendangan padu penyerang negara safee sali untuk gol tunggal negara semasa 2nd leg final Aff Suzuki Cup,apa pom well done barisan skuad Harimau negara,disepanjang kejohanan itu jugak la peminat diseluruh asean ini memperkatakan perkara yang sama,nasib dan pencapaian skuad pasukan kebangsaan mereka.

Dan antara negara yang peminatnya paling lantang ialah Indonesia dan jugak Malaysia,2 finalis untuk perlawanan akhir edisi 2010,peminat2 diseluruh negara khususnya dialam maya pastinya tahu akan provokasi2 dan jugak kata2 kesat yang dikeluarkan di pages2 dan wall2 terutamanya facebook dan juga twitter antara yang paling popular.ok2 sudah bukan untuk memperkatakan dan memanaskan lagi isu2 yang terjadi..biarkan

Dan seiring dengan kejayaan cemerlang skuad negara ini,pemain2 mulai dikenali dan digilai jutaan peminat tanahair,mereka dipuja,mereka dijunjung,mereka dipuji,laman sosial mereka dicari dan "like",status2 peminat tanah air memperkatakan perkara yang hampir sama.walhal jika sebelum ini,boleh dikatakan ramai kebanyakkan peminat2 ini hampir tidak mengenali first 11 skuad negara.semuanya berubah dengan sekelip mata,dan boleh dikatakan pemain2 ini mulai di"stalker" oleh peminat2 sampaikan kekasih dan buah hati mereka pom dicari dan dibanding.Sampaikan peminat2 ini mulai ketidakpuasan hati,kecewa yang amat dan me"create" beberapa pages yang mengutuk teman dan saudara2 pemain,nampak sangat peminat2 hipokrit,sekejap dipuji dan sekejap dikeji.

Seharusnya kita sbg die hard sebenarnya tidak mengeruhkan keadaan dan bersikap rasional dan patriotik kerana perbuatan2 melampau ini sedikit sebanyak menjatuhkan prestasi dan keyakinan pemain2 kite yang kini berada di kemuncak kerjaya,kite seharusnya memberi sokongan padu untuk kejayaan masa hadapan,usah dicampuri urusan privasi mereka.Mahukah kita kejayaan ini hanya sementara dan mulai suram seperti apa yang berlaku beberapa dekad yang lampau,pastinya bukan itu kemahuan kite semua kan..

Marilah sama berpadu dan menjana tenaga kearah kejayaan cemerlang pasukan negara dimasa akan datang,next international match adalah antara pasukan negara menentang pasukan pakistan untuk klasifikasi ke sukan olimpik.Insyaallah harapan  untuk skali lagi beraksi pada kejohanan olimpik menjadi harapan sebagai mana skuad allahyarham mokhtar dahari ke sukan olimpik di munich,german dan tidak menjadi sesuatu kesalahan untuk berharap suatu hari nnt Malaysia akan mewakili asia untuk ke kejohanan piala dunia.

23 December 2010

..::Stand By U::..













awak bagi saya kasih sayang daripada apa yang saya perlukan..
awak buat saya selesa ketika saya berduka sedih...
awak bagi tahu saya seorang yang istimewa walaupun saya tidak mengetahuinya..
dan awak buat saya gembira ketika saya moody..


percayalah..
saya teruja kerana mengenali awak..
saya teruja mencintai awak..
saya teruja bersama awak..


awak dah buat kehidupan ini cukup mudah...
semudah ABC..


hanya ada satu cara..
satu jalan untuk melafazkannya...
apa yang perlu..hanya 3patah perkataan untuk awak..
dan saya akan lakukan itu..


SAYA SAYANG AWAK!!!


p/s:hok len2 jangan cair sudoh la desh..kah3 =P




jero amigo..
22 DEC 2010
2:13 PM